Tuesday 9 August 2011

Peluang Beramal

Salam,

Seperti mana yang kita maklum, agama Islam di seluruh dunia sedang berkembang dengan pesat dan ini terbukti dengan kewujudan pelbagai institusi dan badan-badan bagi menyebarkan dakwah Islam.

Alhamdulillah, perkara yang sama turut berlaku di negara kita di mana pondok-pondok pengajian dan sekolah agama moden swasta semakin hari semakin banyak ditubuhkan.

Akan tetapi, kita juga harus maklum, bahawa setiap operasi bagi menjalankan institusi Islam ini memerlukan kos, dan kos ini perlu dibiayai sendiri samada oleh pelajar, pemilik, atau orang perseorangan yang menginfa'kan hartanya pada jalan Allah swt.

Kepada umat Islam di luar sana yang mempunyai maklumat berkaitan institusi Islam berhampiran tempat tinggal anda atau pernah belajar / sedang menguruskannya, adalah diharap untuk menyumbangkan input untuk dipaparkan di blog ini.

Matlamat kewujudan blog ini adalah untuk menjadi pusat maklumat bagi umat Islam khususnya di negara ini, sekaligus memudahkan kita untuk berinteraksi dan saling bertukar maklumat. Maklumat ini pula disebarkan melalui mekanisme blog agar dapat sampai kepada sebanyak mungkin umat Islam di luar sana yang mungkin sedang mencari keredhaan Allah swt untuk menyucikan hartanya dengan menginfa'kan hartanya pada pondok-pondok pengajian, pusat tahfiz, rumah kebajikan, masjid dan surau dan lain-lain.

Kepada sesiapa yang sudi untuk menyumbangkan maklumat, adalah sangat dialu-alukan...


Wallahu'alam

Monday 8 August 2011

Salam Pemula Bicara

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, dengan izin Allah swt, blog ini dapat saya mulakan pada hari ini. Semoga niat asal blog ini dimulakan tidak terpesong kepada maksud selain daripadanya...

Wallahualam.